Nasab (keturunan) Imam
an-Nawawi
Beliau adalah al-Imam al-Hafizh, Syaikhul Islam, Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf bin Mury bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jum’ah bin Hizam an-Nawawi ad-Dimasyqi asy-Syafi’i. Kata ‘an-Nawawi’ dinisbahkan kepada sebuah perkampungan yang bernama ‘Nawa’, salah satu perkampungan di Hauran, Syiria, tempat kelahiran beliau. Beliau dianggap sebagai syaikh di dalam madzhab Syafi’i dan ahli fiqh terkenal pada zamannya. Kelahiran dan Lingkungannya Beliau dilahirkan pada Bulan Muharram tahun 631 H di perkampungan ‘Nawa’ dari dua orang tua yang shalih. Ketika berusia 10 tahun, beliau sudah memulai hafal al-Qur’an dan membacakan kitab Fiqh pada sebahagian ulama di sana. Proses pembelajaran ini di kalangan Ahli Hadits lebih dikenal dengan sebutan ‘al-Qira`ah’.
Suatu ketika, secara kebetulan seorang ulama bernama Syaikh Yasin bin Yusuf
al-Marakisyi melewati perkampungan tersebut dan menyaksikan banyak
anak-anak yang memaksa ‘an-Nawawi kecil’ untuk bermain, namun dia tidak mahu
bahkan lari dari kejaran mereka dan menangis sambil membaca al-Qur’an. Syaikh
ini kemudian menghantarkannya kepada ayahnya dan menasihati sang ayah agar
mengarahkan anaknya tersebut untuk menuntut ilmu. Sang ayah setuju dengan
nasihat ini.
Pada tahun 649 H, an-Nawawi, dengan dihantar oleh sang ayah,
tiba di Damaskus dalam rangka melanjutkan studinya di Madrasah Dar al-Hadits. Dia tinggal di al-Madrasah
ar-Rawahiyyah yang menempel pada dinding masjid al-Umawy dari sebelah timur.
Pada tahun 651 H, dia menunaikan ibadah haji bersama ayahnya, lalu pulang
kembali ke Damaskus.
Pengalaman
Intelektualnya
Pada tahun 665 H saat baru berusia 34 tahun, beliau sudah menduduki posisi ‘Syaikh’ di Dar al-Hadits dan mengajar di sana. Tugas ini tetap dijalaninya hingga beliau wafat.
Dari sisi pengalaman intelektualnya setelah bermukim di
Damaskus terdapat tiga karakteristik yang sangat menonjol:
Pertama, Kegigihan dan Keseriusan-nya di dalam
Menuntut Ilmu Sejak Kecil hingga meningkat Remaja.
Ilmu adalah segala-galanya bagi an-Nawawi sehingga dia
merasakan kenikmatan yang tiada tara di dalamnya. Beliau amat serius ketika
membaca dan menghafal. Beliau berhasil menghafal kitab ‘Tanbih al-Ghafilin’
dalam waktu empat bulan setengah.
Sedangkan waktu yang tersisa lainnya dapat beliau gunakan untuk
menghafal seperempat permasalahan ibadat dalam kitab ‘al-Muhadz-dzab’ karya
asy-Syairazi. Dalam tempoh yang relatif singkat itu pula, beliau telah berhasil
membuat decak kagum sekaligus meraih kecintaan gurunya, Abu Ibrahim Ishaq bin
Ahmad al-Maghriby, sehingga menjadikannya sebagai wakilnya di dalam halaqah
pengajian yang dia pimpin bilamana berhalangan.
Kedua, Keluasan
Ilmu dan Wawasannya
Mengenai bagaimana beliau memanfa’atkan waktu, seorang
muridnya, ‘Ala`uddin bin al-‘Aththar bercerita, “Pertama beliau dapat membacakan
12 pelajaran setiap harinya kepada para Syaikhnya beserta syarah dan
tash-hihnya; kedua, pelajaran terhadap kitab ‘al-Wasith’, ketiga terhadap kitab
‘al-Muhadzdzab’, keempat terhadap kitab ‘al-Jam’u bayna ash-Shahihain’, kelima
terhadap kitab ‘Shahih Muslim’, keenam terhadap kitab ‘al-Luma’ ‘ karya Ibnu
Jinny di dalam ilmu Nahwu, ketujuh terhadap kitab ‘Ishlah al-Manthiq’ karya Ibnu
as-Sukait di dalam ilmu Linguistik (Bahasa), kelapan di dalam ilmu Sharaf,
kesembilan di dalam ilmu Ushul Fiqh, kesepuluh terkadang terhadap kitab
‘al-Luma’ ‘ karya Abu Ishaq dan terkadang terhadap kitab ‘al-Muntakhab’ karya
al-Fakhrur Razy, kesebelas di dalam ‘Asma’ ar-Rijal’, keduabelas di dalam
Ushuluddin. Beliau selalu menulis syarah yang sulit dari setiap pelajaran
tersebut dan menjelaskan kalimatnya serta meluruskan ejaannya”.
Ketiga, Produktif di dalam Menelurkan Karya
Tulis
Beliau telah berminat terhadap dunia tulis-menulis dan
menekuninya pada tahun 660 H saat baru berusia 30-an.
Dalam karya-karya beliau tersebut akan didapati kemudahan di
dalam mencernanya, keunggulan di dalam argumentasinya, kejelasan di dalam
kerangka berfikirnya serta keobjektifan-nya di dalam memaparkan
pendapat-pendapat Fuqaha‘.
Buah karyanya tersebut hingga saat ini selalu menjadi bahan
perhatian dan diskusi setiap Muslim serta selalu digunakan sebagai rujukan di
hampir seluruh belantara Dunia Islam.
Di antara karya-karya tulisnya tersebut adalah ‘Syarh Shahih
Muslim’, ‘al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab’, ‘Riyadh ash-Shalihin’, ‘ al-Adzkar’,
‘Tahdzib al-Asma’ wa al-Lughat’ ‘al-Arba’in an-Nawawiyyah’, ‘Rawdhah
ath-Thalibin’ dan ‘al-Minhaj fi al-Fiqh’.
Budi Pekerti dan
Sifatnya
Para pengarang buku-buku ‘biografi’ (Kutub at-Tarajim) sepakat, bahawa Imam an-Nawawi merupakan hujung tombak di dalam sikap hidup ‘zuhud’, teladan di dalam sifat wara’ serta tokoh tanpa tanding di dalam ‘menasihati para penguasa dan beramar ma’ruf nahi munkar’.
Wafatnya
Pada tahun 676 H, Imam an-Nawawi kembali ke kampung halamannya, Nawa, setelah mengembalikan buku-buku yang dipinjamnya dari badan urusan Waqaf di Damaskus. Di sana beliau sempat berziarah ke kuburan para syaikhnya. Beliau tidak lupa mendo’akan mereka atas jasa-jasa mereka sambil menangis. Setelah menziarahi kuburan ayahnya, beliau mengunjungi Baitul Maqdis dan kota al-Khalil, lalu pulang lagi ke ‘Nawa’. Sepulangnya dari sanalah beliau jatuh sakit dan tak berapa lama dari itu, beliau dipanggil menghadap al-Khaliq pada tanggal 24 Rajab pada tahun itu. Di antara ulama yang ikut menyalatkannya adalah al-Qadhy, ‘Izzuddin Muhammad bin ash-Sha`igh dan beberapa orang shahabatnya. Semoga Allah merahmati beliau dengan rahmat-Nya yang luas dan menerima seluruh amal shalihnya. Amin.
(Diambil dari
pengantar kitab Nuzhah al-Muttaqin Syarh Riyadh ash-Shalihin karya DR. Musthafa
Sa’id al-Khin, et.ali, Jld. I, tentang biografi Imam an-Nawawiy)
|
Home »
sejarahislam
» Biografi SYEIKH NAWAWI
Biografi SYEIKH NAWAWI
Posted by Unknown
Posted on 16.22
with No comments


